September 01, 2010

Fikiran bercelaru

Hari-hari tidoq lewat. Letih la asek tidoq lewat mangkit tengah hari. Apa dah jadi ni?

Susah nak dapatkan balik tidoq yang macam dulu. Aku pernah bagi nasihat kat orang tapi nasihat tu patut datang balik kat aku.

Sebab-sebab kita selalu tidoq lewat atau tak tidoq langsung :

  1. Tabiat.
  2. Banyak assignment.
  3. Kerja malam.
  4. Lepak mamak.
  5. Facebook.
  6. Fikiran bercelaru.
Kalau ada lagi sebab yang laen, tolong bagitau. he he he. Kat sini aku nak fokus kat sebab nombor 6.

Fikiran bercelaru.

La ni fikiran aku sangat tak betui. Macam-macam ada dalam kepala otak. Serabut kepala otak ni. Tension!.
Semua yang ada dalam fikiran ni kalau boleh aku tak mau fikir langsung pun Tapi kena fikir jugak. Tu yang rasa tension dan stress.

Orang kata, kalau rasa tension atau stress, p baca al-quran. Yes, memang tepat sekali. Dulu aku pernah buat. Lepas baca, memang sangat-sangat tenang dan aku tak rasa tension langsung. Al-quran adalah penawar.

Malangnya, malam ni aku tak baca pun. Boleh pulak p bukak youtube lepas tu dengar lagu-lagu yang aku minat. Hilang jugak tension untuk sementara. Lepas tu, aku maen pulak game PSP sampai aku puas. Asek kalah ja. Bertambah pulak tension!!

Aku amik keputusan nak tidoq. Sebelum tidoq aku tulis blog dulu. Cerita ni la yang aku tulis. ha ha.

Kesimpulannya, aku still lagi rasa tension tapi aku kena kosongkan fikiran. Kalau tidak, memang tak leh tidoq la alamatnya.

August 25, 2010

Resah

"Mana la semua orang p ni," aku cakap dalam hati.

Resah. Sangat resah ketika ini.

Aku belek talipon, kredit pulak RM 0.00. Banyak jugak tu. Aduh, macam mana ni............

Ya. Kawan aku datang.

"Bro, exam FAR memang kat DSB kan?" aku bertanya.

"Yela, kat sini," dia jawab.

"Aku heran kenapa la semua classmate aku tak datang lagi ni," aku bercakap sendiri.

Aku tanya lagi untuk kepastian, "Exam FAR 600 kat sini kan??"

"Eh tak la. FAR 600 kan pagi tadi. Sekarang ni FAR 551," jawab dia dengan slumber je.

* Sekali lagi ayat diatas bermain dalam kepala otak aku ni *

"Eh tak la. FAR 600 kan pagi tadi. Sekarang ni FAR 551," jawab dia dengan slumber je. 


Ni memang rekod terbaek la sepanjang aku mengaji kat UiTM. Keresahan aku terjawab. he he he

August 23, 2010

Buah Tampoi

Pelik. Aku tak pernah tau wujudnya buah ni. Buah Tampoi. First time dengar nama dan tengok buah ni.

Try rasa sikit. Tak best sangat. Ingatkan aku sorang yang first time, rupanya ada jugak yang tak tau. Fuh! Nasib!.

Harap dapat jumpa buah lain yang aku tak pernah tau.

August 21, 2010

Jom Tidoq

Semua orang dah tidoq. La ni dah pukui 2.49 pagi. Sat lagi depa ni nak ajak p sahur kat masjid Shah Alam.
Kalau aku tidoq maknanya pakat tak bangun dah.
Bestnya tidoq







Esok pagi ada class pulak. Mata ni tak mengantuk pun. Leceh la kalau macam ni. Confirm esok kat class mengantuk kaw-kaw punya. Okay keputusan ponteng class dan tidoq sepuas-puasnya. Boleh ka lagu tu? Boleh, tak dak masalah.

"Kamu dah besaq, boleh buat keputusan sendiri yang mana baik dan yang mana buruk". Teringat kata-kata lecturer masa aku p jumpa dia sebab ponteng class. Time tu dia speaking london la, aku nak tulis balik bukan tak ingat, tapi haram tak reti. he he he.

Best jugak kena ceramah time tu. Padan muka aku! Sapa suruh tak p class.

Apa yang paling terbaek sekarang ni, jom p tidoq dan esok pagi p class!. Let's go.

August 17, 2010

Al - Fatihah

Dah start rasa boring. Ok, jom tulis blog.

Hari ni dah puasa yang ketujuh. Sedaq tak sedaq dah seminggu rupanya. Sembahyang terawih baru dua kali p. he he he. Jangan ikot perangai aku ni. Huduh. Tu pun sebab dua-dua malam tu ada majlis tahlil untuk mak chaq aku.

Mak Chaq aku baru saja meninggai Khamis lepas bersamaan 2 Ramadhan pukul 2 pagi. Al - Fatihah.....

Semoga roh dia di tempatkan di tempat yang mulia. Amin....

Poco - poco

Panaih sungguh bilik ni. Baju pun dah bukak tapi panaih jugak. Tak kan nak bukak semua kot? Astaga...
Kali ni tak mau cerita lagi pasai aku kat sekolah. Nantikan next next next post. hek hek hek. Tatkala aku menulis cita ni, tajuk pun tak bubuh lagi. Nak cerita pasai apa pun tak tau. Tulis ja dulu apa yang keluar dari kotak fikiran ni.

Ok tak pa, kita berhibur dulu.



Amacam, terhibur tak? ha ha ha. Video ni kami buat time betui-betui kami boring. Sebenaqnya aku nak post video yang Pet menari. Video tu aku rakam sembunyi-sembunyi. Tapi untuk jaga maruah, aku tak jadi nak upload. he he he.

Bila post video ni, dah tau nak tulis tajuk apa. Selamat Berhibur!

August 16, 2010

Sekelip Mata

Sekelip mata saja dunia dah berubah. Rasa sat sangat hidup kat dunia ni. Kadang-kadang macam tak percaya aku ni dah menjangkau umoq 23 tahun!. Cukup lama 23 tahun. Betoi, lama gila. Tak tau sepanjang 23 tahun ni apa yang aku dah buat. Balas jasa mak pak? Buat bek pada agama, bangsa dan negara? Ceh, ayat tak boleh blah!

Tadika.

Aku masuk tadika umoq 6 tahun. Aku tadika kat masjid zahir. Bila teringat balik, memang lawak. Paling tak tahan aku cuba untuk muhung(tipu) cikgu tadika. Time tu cikgu nak test kami lebih kurang macam suruh berselawat. Buat kat dalam masjid. Cikgu suruh kami pilih pasangan masing-masing. Kami kena nek atas mimbar dan mula berselawat. Nak tergelak, time tu satu apa pun aku tak reti nak baca. Nasib kawan aku ni pandai. Dia baca, aku buat-buat buka mulut. Cikgu percaya lak tu. Aduh, lawak. Dah la dalam masjid, menipu lak tu. ish ish ish...

Nak tau kisah aku kat sekolah plak? Tunggu next post..hue hue hue...